Tuesday, March 27, 2012

Makanan&Roh


Roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan oleh pemakanannya. Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah kepada maksiat dan mungkar. Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.
Ada golongan yang berkata, "Saya sudah sembahyang, puasa, zikir,selawat, baca quran, berkorban, berjihad, berdakwah dan buat lain-lain kebaikan tetapi hati tetap tidak terhibur atau jiwa masih tidak tenang."

Dalam maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar, hasad,dendam,mengumpat, bakhil, tidak ada kasih sayang dan lain-lain lagi.Kenapa jadi begitu? Bagaimana pula untuk mengatasinya?

Untuk menjawab persoalan ini saya jawab begini: Kiaskan pemakanan roh sama dengan pemakanan jasad lahir kita. Kalau jasad lahir kita sudah diberikan dengan makanan yang baik dan berzat, tetapi tidak juga badan itu sihat. Ertinya, kena kaji juga bagaimana makanan itu disajikan.

Apakah kerana cara memasak itu tidak betul? Adakah kerana makanan itu belum sempat masak, kita sudah memakannya. Adakah makanan itu terdedah dengan pencemaran? Adakah makanan tersebut sudah tercampur racun atau sudah basi? Adakah kita makan terlalu banyak atau mungkin makanan yang merosakkan badan juga turut kita makan?

Katakanlah makanan yang baik dan berzat itu ialah nasi, daging, ikan,sayur, susu dan lain-lain lagi.Kalau dimasak nasi dengan cara yang tidak betul seperti terlalu kuat apinya hinggakan nasi menjadi hangit,maka akan hilanglah zat karbohidratnya.

Ikan yang segar dan mempunyai protin, kalau belum sempat masak, kita sudah memakannya,tentulah tidak sedap rasanya kerana ia masih mentah. Begitu juga dengan sayur-sayuran hijau yang banyak mengandungi vitamin C, kalau dimakan tanpa dibasuh
dengan bersih, tentu ia akan terdedah kepada kuman penyakit atau beracun (racun serangga).

Susu yang mempunyai zat lemak, kalau disajikan setelah susu itu basi, ia bukan lagi memberi kesihatan pada badan, bahkan akan memudaratkannya. Apatah lagi kalau makanan yang berzat itu disertai dengan racun atau keracunan, tentu racun itulah yang akan menguasai seluruh badan, merosak dan menyakitkan badan.

Adapun teknik atau cara atau kaedah menyajikan makanan itu pun mesti kita faham betul-betul. Barulah makanan yang baik dan berzat itu jadi begitu sedap dan menyelerakan. Kalau salah cara memasaknya akan tinggal hampas-hampas sahaja.Tidak ada zatnya lagi.Walhal makanan itu asalnya baik, bermutu tinggi, penuh dengan zat tetapi hasilnya tetap sama sahaja dengan orang yang makan makanan tidak baik atau tidak berzat atau orang yang makan makanan beracun. Ertinya,tetaplah makanan itu tidak dapat menyuburkan badan.Bahkan badan tidak sihat dan mudah diserang dengan
penyakit serta selalu saja sakit.

Begitu juga dengan roh.Makanan roh yang baik ialah sembahyang, puasa,zikir, selawat, baca Al Quran, berkorban, berjihad, berdakwah, belajar,berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain kebaikan lagi.Walaupun makanan roh yang baik seperti di atas itu sudah dilakukan, ia tetap tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya. Atau dilakukan
dengan cara yang tidak ikhlas atau tidak dihayati dengan jiwanya.

Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak akan memberi kesan kepada jiwa dan fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran,tentulah ia juga tidak akan memberi kesan kepada tindakan anggota lahir.Yakni anggota lahir tetap juga jahat.Contoh-contohnya:

1)Sembahyang tetapi tidak menghayatinya, lalai dan berkhayal sewaktu menunaikannya. Sembahyang begini tidak akan memberi kesan apa-apa pada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran,tentulah ia juga tidak akan berkesan pada anggota lahir.

2)Rajin baca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutan tuntutan dari ayat-ayat yang dibaca itu, tentulah tidak akan memberi kesan apa-apa kepada hati dan fikiran. Ia tentunya tidak berkesan juga pada anggota lahir.

3)Selawat, zikir, berjuang, berjihad dan berdakwah tetapi tidak dari hati.Hanya ucapan di lidah sahaja.Tentulah tidak berkesan apa-apa kepada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran,tentulah ia juga tidak berkesan apa-apa pada anggota lahir.

4)Berkorban, bersedekah, lain-lain kebaikan dan kebajikan juga, kalau tersalah cara,tidak tepat dengan ilmunya,tidak dibuat dengan sempurna,bukan kerana Allah, tidak pada tempatnya atau tidak dihayati,maka kesannya tidak akan sampai ke hati dan fikiran. Apabila tidak berkesan di hati dan fikiran, tentulah tidak berkesan juga kepada anggota lahir.

Adapun semua makanan roh yang baik ini walaupun asalnya baik tetapi oleh kerana tidak faham cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan sempurna, tidak dihayati di hati atau membuat perkara itu tetapi tidak disertai dengan mujahadatun nafsi, maka hasilnya tetap sama dengan orang yang tidak melakukannya. Yakni tidak dapat memberi kekuatan kepada roh(jiwa atau hati).

Kalau begitu roh tetap tidak sihat, lemah jiwa,mudah diserang penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, riyak,pemarah,bakhil,dendam dan lain-lain mazmumah lagi. Penyakit-penyakit mazmumah (keji) tetap juga tidak terubat.Sebab itu hati tidak tenang,gelisah dan keluh-kesah.

Roh atau hati juga boleh jadi rosak(jahat)kalau kita campurkan antara membuat perkara yang baik dengan membuat perkara-perkara yang jahat.Walaupun perkara-perkara yang baik itu dibuat tetapi dalam masa yang sama masih melanggar pantang-larang syariat seperti bergaul bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, makan makanan yang haram dan subahat,suka mengumpat, memfitnah orang, gila dunia, gila pangkat dan gila puji,maka tentulah makanan roh yang baik tadi tidak akan memberi kesan.

Kiasannya, macam memakan makanan yang berzat dicampur dengan racun. Kita tentu dapat mengagak apa yang akan terjadi. Tentulah bukan makanan yang berzat yang berperanan tetapi racun itulah yang kuat menjalar cepat dan aktif dalam badan Akhirnya, merosakkan seluruh urat saraf dan saluran darah serta daging. Badan akan rosak dan sakit-sakit dengan parahnya.

Begitulah juga kalau makanan roh yang baik dicampur dengan makanan roh yang tidak baik.Tentulah makanan roh yang tidak baik itu yang lebih berperanan. Jadi kalau yang hak dan yang batil sama-sama dilakukan,maka yang batil itulah yang akan lebih memberi kesan pada akal, hati serta tindakan lahir.

Oleh kerana itulah Allah berpesan dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Apakah kamu percaya dengan setengah dari kitab dan ingkar dengan sebahagiannya. Tidak ada balasan orang yang melakukan demikian melainkan hina hidup di dunia." (Al Baqarah: 85)

Ertinya, kalau perintah dan suruhan Allah (yang hak) dan larangan Allah(yang batil) dibuat serentak samalah dengan orang yang percaya dengan sebahagian dari kitab dan ingkar dengan sebahagian lainnya. Jadi untuk golongan ini, hukuman yang setimpal di atas kedegilan mereka ini ialah Allah hinakan hidup mereka di dunia lagi.

Terhinanya hidup mereka ini berpunca dari sifat-sifat mazmumah yang masih bersarang dalam diri mereka itu seperti sifat pemarah, ujub,sum`ah, sombong, keras hati, tamak,hasad,dengki,mengumpat,bakhil, gila dunia, gila pangkat, gila puji dan lain-lain mazmumah lagi.

Sifat-sifat jahat (penyakit-penyakit jiwa)inilah yang menjadikan jiwa tidak tenang, gelisah, keluh-kesah dan tidak bahagia serta boleh merosakkan orang lain dan masyarakat. Tetapi manusia kebanyakannya tidak sedar bahawa sifat-sifat mazmumah yang wujud dalam diri mereka itulah yang menjadi punca tidak adanya ketenangan dan kebahagiaan sekalipun dia seorang raja, pemerintah negara, ulama, pemimpin, orang kaya dan sebagainya. Kerana itulah Allah melarang dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Jangan kamu campurkan yang hak dan yang batil." (Al Baqarah: 42)

Ertinya, dalam kita berbuat baik, jangan dicampur dengan perbuatan yang jahat atau perintah dan suruhan tidak dibuat, perintah larang juga dilaksanakan.

Kesimpulannya, bila membuat atau melakukan yang baik dan yang jahat sekaligus, yang jahat itulah yang akan lebih berpengaruh dan berkesan dalam kehidupan. Akibatnya, kebaikan itu tidak akan jadi apa-apa atau sia-sia sahaja sebab sudah dirosakkan oleh perbuatan yang jahat itu.


wallahuallam

Sunday, March 25, 2012

7 amal yang berterusan pahalanya

7 amal soleh yang sentiasa mengalir pahala sekiranya kita melakukannya. 7 amalan tersebut adalah;

1. Mengajar ilmu agama atau ilmu yang bermanfaat.

- Sekiranya kita mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada seseorang, dan dia pula menyampaikan kepada yang lain, kita akan memperoleh pahala daripada penyebaran ilmu tersebut. Selagi mana ia memberi manfaat kepada orang lain, selama itu lah pahalanya juga akan terus mengalir.

2. Membuka aliran sungai ataupun tali air.

- Selagi air tersebut terus mengalir dan memberi manfaat, pahalanya juga akan terus mengalir.

3. Menggali perigi. (konsepnya juga sama)

4. Manam pokok yang berbuah.

- Macam atuk nenek kita dulu, mereka tanam pokok-pokok buahan untuk cucu-cucu dia merasa makan buah-buah tersebut. Walaupun mereka dah tiada, tetapi pahalanya tetap ada untuk mereka sebab sekarang ni kita masih dapat merasa makan buah dari pokok yang mereka tanam

5. Membina masjid

- sesiapa sahaja yang membantu dalam pembinaan sebuah masjid pasti mendapat bahagiaannya. Termasuklah orang yang memberi sumbangan dalam pembinaan masjid tersebut.

6. Mewariskan Al-Quran

- mewariskan atau mewakafkan Quran untuk orang membacanya turut mendapat pahala yang berterusan selagi Quran tersebut diguna dan dibaca.

7. Meninggalkan anak soleh yang selalu berdoa bagi memohon keampunan untuknya.

- Meninggalkan anak yang soleh adalah sesuatu yang amat berharga. So, didiklah anak kita sebaik mungkin mengikut acuan yang telah ditetapkan Islam. Doa mereka amat kita perlukan bila kita sudah tiada.

Friday, March 23, 2012

Kehebatan Bersedekah



Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipat gandakan rezeki; sebutir benih menumbuhkan tujuh ulir, yang pada tiap-tiap ulir itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah!

Sahabat, betapa dahsyatnya sedekah yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas, sampai-sampai Rasul sendiri membuat perbandingan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik,
 
Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat tertanya-tanya akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?'. Allah menjawab, ' Ada , yaitu besi'. Para malaikat pun kembali bertanya, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari besi?'.Allah menjawab, ' Ada , yaitu api'.

Bertanya kembali para malaikat, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari api?'. Allah menjawab, ' Ada , yaitu air'. 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?' tanya para malaikat.

Allah pun menjawab, ' Ada , yaitu angin'. Akhirnya para malaikat bertanya lagi, 'Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?'.Allah yang Maha kaya menjawab, ' Ada , yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan SEDEKAH dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya' ."
Subhanallah...

 
Pengertian Sedekah: Terdapat dua jenis sedekah iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah wajib ialah zakat yang perlu ditunaikan bila cukup syarat-syaratnya. Sedekah sunat ialah tidak terikat kepada apa-apa syarat, terpulang kepada keikhlasan orang yang hendak bersedekah.

Apa pun bersedekah mempunyai kelebihan atau fadilat yang tertentu:


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jagalah dirimu daripada api neraka meskipun hanya dengan sedekah separuh biji kurma. Jika tidak dapat (bersedekah benda) dengan kalimah tayyibah (perkataan yang baik)".


Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Anas berkata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bersedekahlah kamu kerana sedekah itu sebagai penebusmu (pembebasanmu) daripada api neraka".


Diriwayatkan oleh Baihagi, Abu Hurairah berkata, "Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (makanan keinginannya) Allah mengharamkannya daripada api neraka".


Diriwayatkan oleh Al-Haqadai, Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat mengelakkan suul khatimah (mati dalam keadaan yang tidak baik)".


Diriwayatkan oleh At-Thabrani, Uqbah bin Amir berkata Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat mengelakkan pemberinya daripada kepanasan kubur dan pada hari kiamat seseorang itu hanya berlindung di bawah naungan sedekahnya".


Diriwayatkan oleh Abu Daud At-Tirmizi, Abu Said al-Khudri berkata, "Setiap orang mukmin yang memberi makan kepada orang yang lapar maka Allah memberinya buah-buahan syurga pada hari kiamat. Setiap mukmin yang memberi minuman pada orang yang haus maka Allah akan memberinya minum daripada ar-Rahigil Makhtum pada hari kiamat dan setiap mukmin yang memberi pakaian kepada mukmin yang bertelanjang, Allah akan memberinya pakaian perhiasan syurga pada hari kiamat."


Bagaimanapun bersedekahlah kerana Allah bukan kerana sebab untuk berasa riak atau menunjuk-nunjuk. Sebaik-baiknya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan tidak akan diketahui oleh tangan kiri, begitu juga sebaliknya.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.
“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).


Ganjaran Bersedekah

Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan ganti, sebagaiman firman-Nya dan sabda Rasulullah SAW, sbb:
  • Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92): 5-8}
  • Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2): 261}
  • Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang berfirman sangat sadar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, sbb:
  • "Bersegeralah bersedakah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah"
  • "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah"
  • "Obatilah penyakitmu dengan sedekah"
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya karena kekhawatiran bahwa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kita enggan memberi pengemis/pengamen yang kita temui di pinggir jalan dengan pemikiran bahwa mereka pengemis menjadikan meminta-minta sebagai profesinya, tidak mendidik, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan setan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian karena seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk gemar bersedekah.


Masalah apabila ternyata kemudian bahwa sedekah yang kita beri kepada pengemis/pengamen tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, karena sedekah hakekatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertaqwa. Pengemis/pengamen/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkecukupan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???


Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/pengamen/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah uang sebelum sholat Jum'at dan memasukkannya ke kotak-kotak amal yang tersedia dan biasakanlah dengan memberi sejumlah minimal setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang Rm10  ke kotak amal maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus sama, syukur-syukur bisa lebih dan terutama harus diiringi dengan keikhlasan.


Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedahkan sebagian hartanya akan merugi di dunia dan akhirat karena tidak mendapat keberkahan. Jadi, sejatinya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfaqkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak mengherankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang berinvestasi dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperoleh berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yang pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal: amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat:
  1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
  2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
  3. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
  4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda mendapatkan kebaikan.
  5. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
  6. Berbagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
  7. Libatkan diri dalam pembangunan mesjid.
  8. Berbagi CD Quran atau Do'a.
  9. Bantulah pendidikan seorang anak.
  10. Bagikan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

Dari Abdullah bin 'Amru ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Friday, March 16, 2012

Bagaimana Menghidupkan Hati Yang Mati..


Hassan al-Basri berkata: “Sesungguhnya hati dapat hidup dan mati. Apabila dia hidup, kerjakanlah amalan sunat dan apabila ia mati cukuplah mengerjakan amalan fardu.”

Apabila iman berkurangan, maka kuranglah kesungguhan beribadah. Hati disibukkan dengan perkara melalaika...n. Kenikmatan beribadat pula bertukar menjadi suatu bebanan. Mustahil untuk terus bangkit daripada penyakit ‘lemah iman ini’.


Untuk memulihkan hati, maka buatlah amalan wajib yang berkualiti. Sembahyang fardu mesti tetap dijaga khusyuk dan rukunnya.

Jika ubat yang ditelan itu menampakkan hasil, anda akan beransur-ansur pulih dan sihat. Tetapi, jangan terlalu lama meninggalkan ibadat sunat kerana ia umpama vitamin bagi hati, makanan tambahan untuk hati yang sihat. Ibadat sunat berfungsi menjaga kesegaran hati supaya tetap sihat dan bertenaga.

Jika mahu memilih tempat yang paling mulia di sisi Allah, tentulah pengorbanan yang dilakukan mesti sesuai dengan upah. Mana mungkin pengorbanan yang sedikit mengharap upah yang banyak. Kerana itulah syurga memiliki beberapa tingkatan (kelas) dan lapan pintu semuanya. Kalau mahukan terbaik, lengkap dengan kemudahan paling hebat milik tetamu kenamaan istimewa (VIP), anda harus menjadikan diri anda layak mendapatkannya.


Antara amalan sunat yang menjadi kegemaran jiran Rasulullah SAW di syurga daripada kalangan sahabat, syuhada dan salihin :


1. Tahajjud untuk mendapatkan kedudukan mulia di sisi Allah.

Bangun di tengah malam, sangat berat dilakukan oleh orang yang terlalu kenyang dengan nafsu syahwatnya, terlalu letih dan sibuk mengejar dunia. Bagi orang yang susah bangun bermunajat, cubalah amalkan resipi ini. Tanamkan keyakinan dalam diri bahawa malam sentiasa menyimpan kejahatan makhluk-Nya. Kalau anda asyik dibuai mimpi, siapa yang boleh menolong jika unsur jahat itu masuk ke dalam rumah anda. Bangunlah, jaga rumah anda dengan sembahyang, nanti Allah akan menjaga anda. Semua alat keselamatan yang dicipta manusia itu sungguh lemah, hanya kuasa Allah satu-satunya penyelamat.

2. Sembahyang sunat sekurang-kurangnya 12 rakaat setiap hari.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidaklah seseorang melakukan sembahyang sunat kerana mengharapkan keredaan Allah sebanyak 12 rakaat setiap harinya, melainkan Allah membina sebuah rumah untuknya di syurga.” (Hadis riwayat Muslim).
Solat sunat 12 rakaat ini tidak semestinya dikerjakan terus dalam satu masa. Pilihlah masa yang sesuai dan tidak memberatkan anda melakukannya. Dua rakaat yang ringan amat memadai asalkan dilakukan dengan khusyuk, dibandingkan dengan banyak rakaat tetapi hati lalai.

3. Puasa untuk menjauhkan diri daripada azab neraka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari kerana Allah melainkan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.” (Hadis riwayat Muslim)
Puasa berfungsi untuk melemahkan nafsu jahat dan menyerap aura iman ke dalam diri. Sesiapa yang panas baran, gelojoh, tamak, kedekut, ujub dan takbur, ubatilah penyakit yang membunuh ini dengan berpuasa. Semakin lapar perut, semakin menurun tekanan kejahatan yang dihembuskan syaitan. Semakin haus dan kurang tenaga, semakin anda berasa perlukan Allah.

4. Membaca al-Quran dan zikrullah.

Bagaimanakah membaca al-Quran yang baik? Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik suara yang membaca al-Quran, apabila kamu mendengarnya membaca, menjadikan kamu takut kepada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

5. Sedekah.

Uthman bin Affan pernah membawa berpuluh-puluh unta bersama barang dagangannya, kemudian datang rombongan peniaga hendak membeli daripada beliau. Seseorang berkata: “Aku akan ganti satu barang dengan harga dua kali ganda. Yang lain berkata: Aku ganti satu barang dengan harga tiga kali ganda. Hingga ada yang menawarkan harga yang tertinggi: Aku ganti satu barang dengan harga lima kali ganda. Uthman bin Affan bertanya kepada mereka: “Siapakah yang boleh menggantikan satu dengan harga 10 kali ganda? Sesungguhnya Tuhanku menggantikan semua barang ini dengan 10 kali ganda. Aku memilih tawaran yang paling baik daripada kalian. Aku sedekahkan semuanya di jalan Allah.”
Demikianlah hamba Allah yang membiasakan dirinya dengan amalan sunat. Buatlah amal menurut kesanggupan, tetapi nanti jangan menyesal jika berada di syurga yang lebih rendah daripada syurga yang tertinggi. Seolah-olah kita melihat bintang yang cantik berkilauan, boleh dilihat tidak boleh dicapai. Ingatlah semua amalan yang dilakukan hanya kerana satu cita-cita terbaik dalam hidup iaitu berada di sisi Allah sebagai insan teristimewa.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang mana Allah berfirman yang maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling Aku sukai yang dikerjakan oleh hamba-hamba-Ku untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku selain melakukan yang fardu, dan mereka sentiasa mengerjakan yang sunat sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

 



Monday, March 5, 2012

Mukjizat di sebalik BISMILLAH



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

 
Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim."

(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya." Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli
langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000
Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiim, mengucap bertasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir
gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran,> dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai."
Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a
bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."

Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan
dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."

Bersabda Rasulullah s.a.w.: "
Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya,adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahirrahmaanir rahiimi."
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah .a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak,tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya."

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para
Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka,barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.

Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah
BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
(penjaga/malaikat muqarabbin) hingga tiap huruf berkata, "Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
 
 Berbagai sumber

Thursday, March 1, 2012

Faedah Penyakit dan Hikmah Adanya Penyakit


Orang yang terkena penyakit sama ada dari sihir, dari tumbuhan, dari haiwan, dari cara pemakanan mahupun dari bakteria itu sebenarnya adalah ujian Allah dan bukanlah kerana hatinya busuk, kotor dan iman tahap rendah serendah-rendahnya. Bak kata ulama habib waliullah terkenal, "aku rindu pada demam kerana aku tidak pernah kena demam selama 3 tahun".

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya besarnya pahala itu setimpal dengan kekuatan ujian. Sesungguhnya Allah, sekiranya Dia cinta kepada sesuatu kaum Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha akan mendapat keredhaan dan sesiapa yang marah akan mendapat kemurkaan.” H.R al-Tirmidhi – Hukumnya Sahih (Sahih al-Jami’No. 992)

Ibn Qayyim rahimahullah berkata:
“Sekiranya kita boleh menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka tidak kurang dari seribu hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari….”


 HIKMAH PERTAMA: Menghapuskan Dosa dan Kesalahan
(1) Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). (As-Syuraa: 30)

(2)Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذَىً مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ، إِلّ حَطّ اللّهُ بِهِ سَيّئَاتِهِ، كَمَا تَحُطّ الشّجَرَةُ وَرَقَهَا
Maksudnya: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah satu penyakit atau yang sejenis dengannya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya.”(HR al-Bukhari No 5539 dan Muslim No. 6511)

(3)Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا يُصِيْبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَ وَصَبٍ وَلَ هَمّ وَلَحُزْنٍ وَلَ أَذًى وَلَ غَمّ حَتّ الشّوكَةِ يُشَاكُهَا إِلّ كَفّرَ الُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Maksudnya: “Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahaan, kesedihan, gangguan dan kegelisahan sehinggalah duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari dosa-dosanya”(HR al-Bukhari No 5514)

 HIKMAH KEDUA: Ditulis Pelbagai Kebaikan dan Ditinggikan Darjat.
(1)Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فَوْقَهَا، إِلّ كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ
Maksudnya: Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”(HR Muslim, No 6513)

HIKMAH KETIGA: Jalan Menuju Syurga
(1)Rasulullah S.A.W bersabda:
حُفّتِ الْجَنّةُ بِالْمَكَارِهِ. وَحُفّتِ النّارُ بِالشّهَوَاتِ
Maksudnya: Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan neraka itu dikelilingi dengan perkara-perkara syahwat. (HR Muslim, No 7079).

HIKMAH KEEMPAT: Terselamat Dari Api Neraka

(1) Rasulullah S.A.W bersabda:
لَ تَسُبّي الْحُمّى فَإِنّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِيْ آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ
Maksudnya: Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya dengan penyakit itu Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran (karat) besi. (H.R Muslim)

HIKMAH KELIMA: Mengembalikan Hamba Kepada Allah dan Mengingati Kelalaiannya.
(1) Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: Dan Sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, Kemudian kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. (Al-An’am:42)

HIKMAH KEENAM: Mengingati Nikmat Allah Yang Lalu dan Yang Ada.
(1) Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)

HIKMAH KETUJUH: Mengingati Saudara-Saudara Kita Yang Sakit.

 
HIKMAH KELAPAN: Menyucikan Hati Dari Pelbagai Macam Penyakit.

HIKMAH KESEMBILAN: Agar Orang Yang Diuji Beristighfar.
(1) Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطّهُوْرَ ثُمّ يَقُوْمُ فَيُصَلّيْ رَكْعَتَيْنِ ثُمّ يَسْتَغْفِرُ الَ إِلّ غَفَرَ الُ لَهُ
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba melakukan satu dosa, lalu dia memperbaiki wudhu’nya kemudian berdiri lalu salat dua rakaat, kemudian meminta ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya. (Hadith Riwayat Ahmad. Dihukum Sahih dalam kitab sahih al-Targhib wa al-Tarhib No.1621)

Kemudian baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ini:
Maksudnya: Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan kejiatau menganiaya diri sendiri 2, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui. (Al-Quran, Ali Imran: 135)

HIKMAH KESEPULUH: Penyakit dan Musibah Adalah Nikmat dan Anugerah.
....وَإِنْ كَانَ أَحَدُهُمْ لَيَفْرَحُ بِالْبَلَءِ كَمَا يَفْرَحُ أَحَدُكُمْ بِالرّخَاءِ.
Maksudnya: “…salah seorang daripada mereka benar-benar merasa gembira mendapat ujian, sebagaimana salah seorang daripada kalian merasa gembira mendapat kelapangan (kesenangan). (Hadith Riwayat Ibn Majah – dihukum Sahih dalam kitab Sahih Ibn Majah No. 4014)




Berbagai sumber