Wednesday, February 23, 2011

Hikmah sujud


Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah  yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hamper dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

 - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari  tempat asalnya.
 - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
 - melegakan sakit hernia. (burut)
 - mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
 - melegakan paru-paru daripada ketegangan.
 - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
 - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
 - meringankan bahagian pelvis.
 - memberi dorongan supaya mudah tidur.
 - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
 - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
 - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
 berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
 - mengurangkan kegemukan.
 - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
 kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
 - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
 - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
 otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan  otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

 Tujuh kalimat
 Sabda Rasulullah S.A.W
 " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam  sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walaupun hanya sedikit mudah-mudahan istiqomah.


sumber petikan email

Thursday, February 10, 2011

Bicara tentang aura

Aura juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya chakra, chi, prana, kuasa minda, tenaga batin dan sebagainya.

 

 

 

Kajian Awal Tentang Aura

Pengkajian tentang aura juga telah dipermodenkan di mana ia dikaji secara saintifik. Sejenis kamera khas dicipta untuk merakam warna2 aura yang menyelubungi seseorang. Beberapa kaedah dan tips juga diperkenalkan bagi melihat aura dengan mata kasar. Dan ini boleh dibuktikan dan diulangi berulang-ulang kali dalam kajian. Dalam tafsiran moden, aura ditafsirkan sebagai gelombang elektro magnetik yang terpancar dari benda2 hidup. Malah kawasan atas muka bumi juga dikatakan mempunyai aura yang berbeza2.

Elektro magnetik adalah gelombang yang terhasil daripada ayunan menerus sendiri yang terdiri daripada medan magnet dan elektrik. Ia adalah satu bentuk sinaran atau cahaya. Sinaran elektromagnet dibahagikan mengikut frekuensi gelombang iaitu gelombang radio, gelombang mikro (microwave), sinaran inframerah, cahaya nampak, sinaran ultraungu, sinar-X dan sinar gamma. Hanya pada julat frekuensi tertentu gelombang elektro magnetik itu boleh dikesan oleh mata dan ia dikenali sebagai spektrum nampak.

Menurut bidang perubatan (neurologi), saraf2 dalam badan manusia menghantar isyarat melalui impuls (denyutan) elektrik dari satu deria ke otak. Oleh itu badan manusia boleh dikatakan mempunyai cas elektrik yang kecil. Manakala bumi sebagaimana yang diketahui mempunyai medan magnet, ini boleh ditunjukkan oleh jarum kompas. Adakah gabungan medan elektrik dari badan manusia dan medan magnetik bumi boleh menghasilkan sinar elektro magnetik? Tiada kajian lagi tentang perkara ini?

Tidak banyak kajian mengenai aura dan kesan, pengaruh serta kegunaannya secara saintifik.

Adakah aura suatu yang asing dalam Islam?

Dalam bahasa mudah, adakah aura itu bidaah dan sesat seperti dakwaan sesetengah pihak? Agak pelik juga jika kewujudan aura yang boleh disahkan berulang-ulang kali dengan mata kasar iaitu dengan kaedah melihat aura di hujung jari, di tapak tangan, menggunakan cermin dan latar putih dalam cahaya suram, boleh dikatakan sesat, bidaah. Apa yang mereka lihat aura itu sebagai cahaya putih atau berwarna, adakah itu dikatakan sesat dan bidaah? Adakah sains itu satu bidaah dan sesat? Ini kerana sains adalah satu ilmu kajian, kajian tentang alam dan kehidupan.
Memang benar terlalu banyak elemen2 diserapkan ke dalam pemahaman tentang aura terutama dari pelbagai agama. Tetapi oleh kerana aura adalah satu juzuk atau unsur yang kehadirannya boleh dibuktikan secara sainstifik berulang-ulang kali seperti kewujudan elektrik dalam wayar tanpa pembalut di mana kehadiran dan kewujudan elektrik itu boleh dibuktikan, maka aura tidak wajar dikatakan elemen2 agama ardhi atau berteraskan agama ardhi.
Firman Allah SWT :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Maksudnya : Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Az-Zumar : 9.
Maksud hadis: “Kelebihan seorang alim atas seorang a’bid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang2″.
Apa yang aku nak maksudkan di sini, jangan hentam ikut suka tanpa asas yang kukuh. Teringat satu doa’ Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul hadiths, yang bermaksud:
“Ya Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan daripada atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari muka ku bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.”
Cahaya adalah satu bentuk gelombang elektromagnetik dan aura juga adalah satu gelombang elektromagnetik. Kedua-duanya terpancar daripada suatu jisim atau dan jumlah pancaran bergantung kepada sumbernya. Aura adalah satu bentuk cahaya atau sinaran elektomagnetik yang terpancar dari hidupan. Walaupun cahaya dalam hadis itu mungkin boleh dikaitkan dengan aura, TETAPI jangan salah faham dan jangan pula salah fokus@tumpuan. Jangan pula beramal untuk aura pula.
Sekali lagi dikatakan aura terpancar bergantung kepada sumbernya. Fokus doa itu adalah kepada sumbernya iaitu kepada jiwa muslimin dan bukannya kepada aura. Aura terpancar mengikut jiwa dan fisiologi seseorang. Salah faham seperti ini menghasilkan fahaman misalnya jika sakit kepala maka gunakan produk aura X, ia memperbaiki aura yang kononnya menyebabkan sakit kepala. Padahal sakit kepala mungkin disebabkan oleh keradangan saraf, tegangan atau tekanan seperti akibat cuaca panas, stress atau masalah kesihatan lain. Kenapa tak gunakan “panadol” sahaja, kan lagi senang. Lain yang sakit, lain pula yang dirawat!
Lagi hadis yang boleh dikaitkan dengan kewujudan aura. Maksud hadis:
Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Kalian adalah orang-orang yang memiliki cahaya muka, cahaya tangan dan cahaya kaki pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu. Maka barang siapa di antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan cahaya putih tersebut.
Walau tidak disebut dengan istilah aura dalam Al-Quran, tetapi terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang cahaya “aura” ini dengan agak jelas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mu’min yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” At Tahriim : 8
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada meraka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar”. Al Hadiid : 12
يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ
Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan (kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.  Al-Hadiid: 13
Kesimpulan dari ayat2 dan hadis menunjukkan aura itu wujud dan merupakan salah satu ciptaan Allah SWT, satu cabangan ilmu yang kita namakan sebagai mekanik kuantum, atau fizik atom, cahaya, elektrik dan elektro magnet. Masalah istilah bukanlah masalah besar. Misalnya istilah “orbit” tak wujud dalam Al-Quran, sebaliknya ia disebutkan sebagai garis edaran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. Yaa Siin : 40



Perhatikan kuatnya cahaya aura itu adalah berpunca dari sumber yang memancarkannya.



 



Firman Allah s.w.t:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

  (An Nur: 35)

Eksperimen tentang Aura

Segmen ini adalah petikan dari blog/web lain, boleh cuba untuk lihat sendiri kewujudan aura. Rasanya, tiada unsur2 pemujaan, spiritual, atau pelik2 dalam eksperimen di bawah. Selamat mencuba.

1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan
Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.
2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan
Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.
3. Melihat Aura Diri Sendiri
Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.
4. Melihat Aura Orang Lain
Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.


Dalam sejarah sains, alkimia (bahasa Arab: الكيمياء, al-kimia) merujuk kepada kedua-dua jenis penyelidikan sains alam dan disiplin falsafah dan rohaniah yang menggabungkan unsur kimia, metalurgi, fizik, perubatan, astrologi, semiotik, mistik, spiritualisme dan seni yang digabungkan menjadi suatu daya yang kuat. Perkataan alchemist itu sendiri berasal dari bahasa Arab الكيمياء al-Kimia, dan ia pula berasal dari kata Parsi Kimia کيميا. Tamadun Islam telah merevolusi alkimia dan ia menjadi asas kepada kimia moden hari ini.

sumber : wikipedia.org

Friday, February 4, 2011

Zikir sebagai sumber kekuatan

Zikir sebagai sumber kekuatan

Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya.Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya.Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya,
merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya.Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: "Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya).... (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih.Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.

Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)

“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)

Bagi kaum sufi, nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak, tenaglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.

Kaum sufi amat mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan Tuhannya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.Jika seseorang itu berjaya mengawal emosinya.

Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah rahsia Illahi.Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenaga dalam” mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara yang luar kekuatan jasad.Kaum sufi menamakan iannya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.

Mengikut kajian pakar 70% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya.

Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah).

Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser,gangguan saraf, leukemia dan lain-lain.


berbagai sumber