Saturday, November 27, 2010

Parang pusaka




Malam itu saya sedang menunggu pesakit yang ingin datang merawat dari damansara kerana keluarga mentuanya di muadzam,pesakit ini di katakan berkelakuan aneh adakalanya mengaum juga mencakar-cakar seperti harimau dan sifatnya yang terlalu panas baran kepada isteri juga anaknya ini membimbangkan keluarga mentuanya.Jam sudah menunjukkan jam 11.30malam namun pesakit yang di katakan masih belum tiba,sambil menunggu saya dan ahli team berbincang tentang perihal rawatan.Namun hingga jam 12.30 pesakit yang di tunggu-tunggu masih belum tiba,akhirnya kami buat keputusan bersurai saja mungkin ada kesulitan dari pihak pesakit untuk datang.
Kira-kira jam 4 pagi saya dihubungi untungnya saya masih belum tidur saat itu,saya pun bersiap untuk ke rumah abah ramli(tempat biasa kami buat rawatan)kerana pesakit datang juga pagi itu dari damansara,oleh kerana tidak sampai hati pesakit bersupah payah datang dari sana terpaksala juga saya membantu.Sampai ke tempat rawatan saya lihat pesakit duduk bersila dalam keadaan pejam mata nak kata tidur tidak juga,oleh kerana bimbang pesakit bertindak agresif saya kuncikan/pasak dahulu dengan kaedah ayat mutaqaat.Saat saya meletakkan tangan di kepala pesakit dengan membaca fatihah pesakit menepis tangan saya dan cuba membuat gerak silat namun seperti terkunci juga diikat,beberapa kali pesakit cuba melepaskan kuncian namun tidak berjaya,lalu saya beralih kehadapan pesakit dengan membuat kaedah pancaran/tembak khatamun nubuwwah tidak sampai dalam 5 minit pesakit rebah tidak sedarkan diri,pada hemat saya gangguan tersebut hanya keluar sahaja lalu pesakit disedarkan dan menyatakan rawatan di sambung esok tambahan hari sudah pagi benar dan kami beransur pulang.
Keesokkan pesakit hadir untuk membuat rawatan ulangan keadaan pesakit lebih baik dari sebelumnya cuma ia mengalami sakit-sakit sendi,lalu saya memberikan air doa untuk serangan dalaman juga merukyah pesakit,saat saya merukyah pesakit terasa masih ada gangguan dalam dirinya namun jin itu seperti bertahan walau kesakitan lalu saya memutus untuk menarik keluar gangguan tersebut dengan kaedah kain putih saat di tarik pesakit tiba-tiba bingkas bangun kerana ada merasakan sesuatu yang keluar dari kakinya.pesakit menyatakan dia mempunyai parang pusaka yang diperolehi di dalam mimpi,saya meminta parang tersebut dari di lihat pembuatannya memang ianya besi atau buatan orang-orang terdahulu parang tersebut saya tawarkan agar tiada lagi makhluk jin yang bersarang di situ.Pesakit saya bekalkan limau nipis dan air untuk mandian juga menasihati pesakat agar membuat amalan ayat kursi juga meninggalkan amalan sebelumnya.
Dari yang di ceritakan ketika pesakit ingin datang ikhtiar di dalam malam pertama perjalanan terlalu banyak halangan juga berbagai gambaran yang di lihat sehingga sukar pesakit memandu di samping keretanya jika di lihat senget sebelah seperti ada satu beban yang di bawa.Setelah di selidiki punca gangguan setelah ia menerima ilmu dari datuknya yang mana dalam ahli keluarga datuknya tiada siapa pun yang mahu menerimanya dan ia telah menerima ilmu tersebut kerana tiada sesiapa yang mahu.Sejak itu setiap malam jumaat akan hadir seseorang yang mengajarkannya ilmu didalam mimpi dan juga jika ada sesuatu ancaman atau perkara yang mahu terjadi akan terdengar suara harimau mengaum seperti memberi tanda kepadanya dan pesakit mudah menjadi seorang yang panas baran terutama pada anak juga isterinya dan adakalanya menjadi seperti harimau.Parang tersebut dikatakan juga diperolehinya didalam mimpi setelah ia sedar dilihat parang itu ada di sebelahnya wallahuallam.Pesan saya berhati-hatilah dalam mempelajari  juga menerima ilmu supaya ianya tidak membawa keburukkan kepada diri dan keluarga kelak.


Wednesday, November 24, 2010

Alam Jin Menurut Al Qur’an & As Sunnah


  • Jin dikenakan kewajiban seperti halnya manusia. “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Adz Dzaariyaat : 56)
  • Jin ada yang mukmin dan ada juga yang kafir. “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang shalih dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda beda.” (Al Jin : 11)
  • Jin itu diciptakan lebih dahulu daripada manusia. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. (Al Hijr : 26-27)
  • Jin adalah satu bangsa yang besar dan terbagi bagi, sehingga Iblis termasuk salah satu bangsa jin. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang orang yang zalim.” (Al Kahfi : 50)
  • Manusia lebih mulia daripada jin. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir.” (Al Baqarah : 34). Oleh karena itu apabila ada manusia yang memohon pertolongan kepada jin, maka ia membuat jin semakin sombong, takabur, dan besar kepala.
  • Jin, termasuk Iblis beserta kaumnya tidak bisa dilihat oleh mata kepala kita, manusia tidak bisa melihat jin (dalam rupa aslinya). “Hai anak Adam, janganlah sekali kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan setan itu pemimpin pemimpin bagi orang orang yang tidak beriman.” (Al A’raaf : 27)
  • Manusia itu dapat dirasuki oleh jin, dengan kata lain kesurupan. “Orang orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (Al Baqarah : 275)
  • Bahwa jin atau setan itu ada yang laki dan ada yang perempuan dan mereka sama dengan kita, kawin dan bercampur antara laki laki dan perempuan. “Dan bahwasannya ada beberapa orang laki laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara jin, maka jin jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin : 6). Juga hadits yang merupakan do’a yang kita baca ketika masuk WC (yang artinya) : “Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari jin yang laki laki dan yang perempuan”.
  • Bangsa jin itu juga makan seperti kita, hanya saja makanannya tidak sama dengan makanan kita dan adakalanya dia mencuri makanan kita sebagaimana setan mencuri makanan zakat dari Abu Hurairah yang diperintah oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menjaganya. Makanan jin diantaranya adalah tulang dan kotoran, makanan manusia yang tidak menyebut nama Allah, dan minuman yang terlarang.
  • Setan juga bermalam dan bertempat tinggal, ada kalanya mereka tinggal di rumah kita. Untuk itulah perlu membaca do’a ketika masuk rumah agar setan tidak bermalam di rumah kita.


Kerajaan-kerajaan Jin.

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal. Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Anak-anak Iblis juga mempunyai kerajaan yang besar antaranya :-

1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

Antara Jin, Ifrit dan Syaitan serta Iblis.

Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya. Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat. Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-

1. Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.
2. Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.
3. Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

Bersahabat dengan Jin.

Ramai di kalangan orang-orang kita yang bersahabat dan menjadikan Jin sebagai pembantu dan Khadam mereka dalam membantu mereka melaksanakan tugas-tugas yang tertentu. Contohnya seperti Tok Bomoh, Tok Pawang, Tok Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan, Mak Andam, Tukang Urut, Panglima, Hulubalang, Tok Guru latihan pertahanan diri dan sebagainya. Walaupun begitu tidak semua golongan di atas yang menggunakan Jin dalam kerja-kerja harian mereka. Tidak dinafikan terdapat juga golongan tersebut yang benar-benar mempunyai kemahiran semulajadi tanpa pertolongan dari Jin.

Menurut Sheikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan Jin itu sangat keji. Katanya lagi " Barang siapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan Jin daripada bersekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana yang lebih biasa bagi Jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan Jin, seperti larinya daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan manusia yang fasik."

Tambahnya lagi : " Tidak sekali-kali aku melihat seseorang yang bersekedudukan dengan Jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian Jin itu adalah daripada api dan api itu sangat banyak geraknya. Dengan banyak gerak itu datanglah berlebih-lebihan perbuatan dan perkataan orang itu.

Syeikh Muhyuddin Arabi dalam kitabnya Futuhat pula menjelaskan : " Adalah orang yang bersekedudukan ( bersahabat ) dengan Jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah. Kerana Jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya.

Kadang-kadang orang yang bersahabat denagan Jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan di beritahu oleh Jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di dalam alam itu adalah Karamah daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka tersebut adalah tidak benar sama sekali. Kerana segala pemberian Jin kepada manusia tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat Isim dan huruf itu adalah merupakan salah satu bidang dalam ilmu Kimia semata-mata yang juga boleh di pelajari dan diketahui oleh manusia.

Kata Syeikh Muhyuddi Arabi lagi : " Sesungguhnya ramai orang yang bersahabat dengan Jin akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu. Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling di murkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam Neraka seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis RasulNya.

Ringkasnya kita sebagai seorang Islam di tegah daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan para Jin samada Islam maupun Jin kafir kerana keburukannya lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

Masuknya Jin Kedalam Tubuh Manusia.

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara. Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya : " Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut. Antaranya

1. Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.
2. Melalui " saka Baka "
3. Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
5. Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin,
6. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin .

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia ) Antara tempat-tempat tersebut ialah :-

1. Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.
2. Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
3. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
4. Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
5. Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor
6. Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam. Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya. Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.

Kata Ulama : " Kun Ma’Allah fain lam takun ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "

Maksudnya : " Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah "

Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian iman, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

 sumber Alam Jin Menurut Al Qur’an dan As Sunnah

Monday, November 22, 2010

Air ZAM-ZAM Kelebihan dan Adab Meminumnya





Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).
Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengahbulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."
Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)
Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya:
  • Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
  • Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.
Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.
ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:
Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
"Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya


Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air Zam-zam, ianya mengenyangkan dan menyembuhkan penyakitï (HR Bukhari & Muslim)
Keberkatan Air Zam-zam:

Menyembuhkan segala penyakit Penarik segala hajat mengikut niat
Gantian makanan yang mengeyangkan
Membantu sistem peredaran darah
Membantu mengatasi gangguan migren dan vertigo
Membantu mengatasi gangguan asthma dan bronkhitis
Membantu mengatasi sinusitis
Membantu meningkatkan kemampuan libido
Membantu mengatasi reumatik dan sakit urat
Mengaktifkan sel-sel dan meningkatkan metabolisme
Mengurangi risiko kanser akibat radikal bebas
Membantu menghilangkan bau badan
Membantu membuang racun dalam darah
Membantu mengatasi penyakit jantung koroner
Membantu mengatasi masalah darah tinggi ataupun darah rendah
Membantu mengatasi gangguan pencernaan, fungsi hati dan lambung
Membantu mengatasi gangguan susah tidur



sumber Tetamu Allah Haji Akbar

Wednesday, November 17, 2010

Sekilas tentang perubatan dan bahan rawatan

Kaedah perubatan alternatif/islam yang diusahakan ini tidak sesekali bermaksud untuk mengambil alih tugas yang pengubatan yang di laksanakan di hospital-hospital atau klinik-klinik,ia adalah merupakan satu jalan untuk meneruskan ikhtiar setelah pesakit-pesakit berusaha melalui cara perubatan tersebut tapi belum lagi disembuhkan Allah taala.Sekiranya sesuatu penyakit terjadi pesakit disarankan supaya mengutamakan rawatan biasa iaitu di hospital juga klinik,setelah rawatan itu di usahakan tapi tidak berjaya barulah pengubatan alternatif di lakukan.
baginda bersabda

Sesungguhnya bagi setiap  penyakit itu ada ubat,maka apabila ubat itu serasi dengan penyakitnya,ia akan sembuh dengan izin Allah s.w.t
riwayat muslim dari hadis Abi az zubair dari jabir rasulullah

Pengubatan dengan ayat-ayat alquran bukanlah satu amalan baru di kalangan umat islam biarpun ramai orang atau masyarakat yang meragui kesahihannya,keraguan itu timbul adalah kerana kurangnya pemahaman terhadap sejarah perubatan dan alquran itu sendiri
Allah s.w.t berfirman

Dan kami turunkan daripada alquran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman
Alisra 82

Kaedah perubatan seumpama ini adalah jelas sumbernya ini bukan hak golongan tertentu atau satu bahan warisan,atau yang diperolehi melalui keturunan.walaupun demikian perlu di fahami ilmu rawatan ini bukan merupakan satu bahan pameran yang ditonton atau di cuba-cuba,ia hanya boleh dipelajari oleh mereka yang mempunyai ilmu,kefahaman juga yang arif dalam ilmu tersebut.Doa-doa yang dibaca dan air yang diminumkan,di sapu di bahagian-bahagian anggota tertentu bukanlah penyembuh.Ayat-ayat yang di baca dan lafaz doa hanyalah merupakan rangkaian doa yang dibacakan perawat dalam usaha menolong seseorang pesakit itu sembuh dari penyakit yang dideritainya.Menurut kelazimannya setiap orang tahu membaca Alfatihah tetapi ayat-ayat fatihah yang dibaca oleh orang awam pada adatnya tidak dapat meredakan sakit yang dideritai oleh seseorang.Berbeza dengan mereka yang mempelajari kaedah ilmu perubatan dengan cara tertib atau lazim.Ini menunjukkan bahawa kedua-dua manusia yang mengunakan ayat-ayat alfatihah itu tadi adalah berbeza kualitinya juga pancaran nurnya.Berbeza tentang kemujaraban doa mereka disisi Allah,perbezaan ini wujud ialah kerana perbezaan martabat manusia berkenaan di sisi Allah.
Allah adalah pencipta segala kejadian alam termasuk segala jenis tumbuhan-tumbuhan.Semuanya dicipta untuk kemudahan manusia di samping dijadikan objek yang membawa iktibar tentang keagungan Ilahi.Pada hakikatnya setiap rawatan itu mempunyai kaedahnya yang tersendiri asalkan ianya tidak bertentangan dengan iktikad juga syariat.Kaedah tersebut mempunyai cara tersendiri samaada ianya dapat di fikir secara logik, yang rasionalnya masih dapat di jelaskan atau tidak,atau sebaliknya.Dalam keadaan tertentu segala bentuk kaedah yang perlu diikuti itu merupakan satu kaedah rawatan dalam usaha menyembuh seseorang pesakit.
Setiap kaedah rawatan itu mempunyai kaedah tersendiri,bagi mereka yang berkecimpung dalam ilmu perubatan yang mengunakan bahan-bahan tumbuhan, kejayaan rawatan yang diberi  berpunca dari bahan-bahan yang digunakan,bergitu juga dengan kaedah-kaedah lain termasuk perubatan moden,biarpun penyembuh yang sebenar ialah Allah s.wt.,Bahan-bahan rawatan yang biasa digunakan adalah air,limau,garam dan juga bahan-bahan keperluan sampingan dalam kaedah rawatan.Kalaulah bahan-bahan tumbuhan ataupun ubat-ubat moden yang diberi kepada pesakit itu mempunyai kekuatan atau kelebihan tertentu bagi menghadapi berbagai-bagai jenis penyakit maka ayat-ayat alquran yang digunakan dalam kaedah rawatan juga mempunyai kekuatan yang berbeza dalam untuk merawat berbagai penyakit luaran ataupun dalaman,ternyata bahawa ayat-ayat itu mempunyai sifat juga kekuatan yang tersendiri ada yang panas yang bersifat sebagai pembakar dan ada juga yang bersifat sejuk dan lain-lain lagi dalam usaha melakukan usaha penyembuhan terhadap mengubati penyakit.Bahan-bahan rawatan perlulah dari sumber yang bersih juga halal

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dengan ubat,dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat,maka berubatlah dan jangan berubat dengan benda yang diharamkan
Hadis dari Abu ad darda riwayat Abu daud

info
Kebanyakan jin benci kepada bau-bau wangian, kerana jin sangat menyukai bau yang busuk.Lada hitam,limau nipis juga garam adalah hanya untuk merosakan fizikal jin itu,kerana limau mempunyai asid yang mana jin tidak suka padanya,bukan kerana rohaninya tetapi untuk jasmani mereka sebagaima manusia terkena asid bergitulah mereka wallahuallam

Friday, November 5, 2010

Solat dan warna


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.