Tuesday, September 21, 2010

Petua tidur Rasulullah s.a.w



SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

Friday, September 17, 2010

Dadah pun ada jin??


Beberapa hari lepas saya di minta untuk merawat seorang adik kenalan yang terlibat dengan ketagihan dadah,malam itu keluarga dan yang mahu dirawat sampai kira-kira jam 8 malam.Awal rawatan saya minta yang mempunyai masalah ketagihan dadah meminum air kelapa yang telah saya tranfer dengan kaedah shaktivat juga doa,he..he..puas jugalah saya lihat yang ketagihan itu nak menghabiskan minum 3 biji kelapa mau kembung perut di buatnya,cuma yang menghairankan saya bila pesakit berada di dekat saya terasa bahang panas,setelah habis di minum saya minta pesakit duduk berlunjur kaki lalu saya cuba merukyah,saat merukyah saya terasa ada yang bergerak-gerak di kepalanya juga kedua-dua kaki seperti terkena renjatan,lalu saya minta jin-jin dadah yang bersarang dalam tubuhnya turun di kedua-dua ibu jari kakinya,pesakit merasakan ada sesuatu yang bergerak turun merayap menjalar hingga di kedua ibu jarinya kemudian saya menarik semua gangguan yang ada dalam tubuhnya,saat di tarik seperti badannya juga turut di tarik mengikut gerakan tangan saya,saya menariknya berulang kali hingga selesai.Tak sangka juga saya rupanya dadah ini juga punya kaitan dengan jin benarlah seperti yang saya terbaca dahulu dadah ini saat dibuat ianya juga di puja.Setelah itu saya mengunakan kaedah shaktivat kira-kira 30minit terlihat pesakit seperti ingin mahu muntah.Selesai 30 minit saya minta pesakit dimandikan dengan ais juga minyak wangi.Pesakit kelihatan segar daripada mulanya yang agak nampak tak bermaya,saya bekalkan air minum juga minyak wangi untuk mandi selama 3 minggu berturut-turut.Sebelum pulang saya memberi nasihat juga dorongan agar pesakit menghentikan tabiatnya kerana ianya masih di peringkat awal dan masih tidak terlambat lagi untuk berubah.Doa saya moga dianya diberikan kekuatan juga semangat untuk hentikan ketagihannya kerana saya hanya berikhtiar pokok pangkalnya ianya harus dari hati juga kesedaran pesakit itu sendiri.

Jin balas dendam


Sehari sebelum menyambut hari raya aidilfitri ketika saya sedang membeli barang keperluan di supermarket saya di hubungi seorang teman yang minta saya ke rumahnya untuk melihat anak saudaranya yang kerasukan ketika dalam perjalanan pulang berhari raya di rumah neneknya di muadzam,saya mengatakan insyallah saya akan datang untuk lihat keadaannya,esok nak raya pun ada jugak gangguan cetus hati saya.Setelah pulang ke rumah saya dan seorang teman segera pergi ke rumah pesakit yang berada di rumah neneknya.Saat sampai di rumahnya saya tidak merasakan apa-apa yang negatif di lihat juga anak saudaranya sudah berada dalam keadaan stabil,dari yang di ceritakan ketika dalam perjalanan menaiki  kereta tiba-tiba pesakit merasakan badannya panas lalu kerasukkan hingga ke rumah,dalam kelam kabut pesakit meronta teman yang hubungi saya telah azan di telinga anak saudaranya hinggakan jin yang merasuk anak saudaranya kepanasan juga keluar,anak saudaranya kira-kira 3 jin yang di lihat keluar dari tubuhnya.Pesakit telah lama alami gangguan juga pernah di rawat sebelum ini dan sembuh seketika kira-kira beberapa bulan dan berulang kembali ianya berpunca sejak bermimpi di datangi seorang tua,dan ada ketikanya pesakit akan meracau-racau kerasukkan.Pesakit juga sering terlihat lembaga seakan hantu cina di rumahnya adakalanya mencangkung di atas almari juga di sudut penjuru rumahnya,pesakit juga mengatakan mahluk jin telah datang dalam mimpi dan mengatakan ia kan menganggu ketika menjelang hari raya.Teman saya meminta juga untuk melihat keadaan anak saudaranya itu,saat pesakit di sebelah saya ia kelihatan resah juga mengoyang-goyangkan kakinya,awal rawatan saya berikan air yang telah didoakan lalu cuba diagonas pesakit,ketika meletakan tangan di kepala pesakit saya merasakan tapak tangan mencucuk-cucuk biasanya pengalaman saya jika bergitu masih ada jin yang bersarang dalam tubuh,saya mulakan bacaan dengan alfatihah,3qul,ayat kursi juga doa seterusnya saat dirukyah kaki pesakit mengeletar juga kepalanya pusing kekanan kekiri berkali dan sesekali mendengus marah,lalu saya cuba dialog namun tiada jawapan saya memberikan amaran agar ia keluar dan akhirnya bersuara ia tidak mahu keluar,bila di tanya adakah dia islam ia mengaku islam tetapi bila minta mengucap syahadah dia diam mmg politik jinla ni gerutu hati saya, setelah 3x beri amaran dan jin masih berdegil saya membaca doa pembakar jin saat itu pesakit di lihat kepanasan juga mengigil-gigil kesakitan lalu saya menepuk belakang tubuhnya 3x hingga ia sedar kembali.Saya cuba mencari punca gangguan juga beberapa maklumat dari pesakit,oleh kerana gangguan yang telah lama pesakit ini dapat melihat makhluk halus yang menganggunya,lalu saya memanggil juga menarik makhluk jin yang menganggunya  untuk berdialong dengan pesakit,saya meminta pesakit memejamkan mata dalam beberapa minit jin yang di panggil menjelma sebagai orang tua muncul di hadapan pesakit berpakaian serba hitam juga ada tali merah di tubuhnya.Hasil dialog dengan jin tersebut ternyata ia bukan islam malah mengatakan ia telah di beritahu bahawa ajaran nabi muhammad itu tidak benar,wah ada juga di kalangan jin yang menyebarkan dakyah sesat sesama mereka setelah berhujah jin ini mengalah,jin mengatakan ia boleh keluar tetapi 2 adik beradiknya tidak mahu,mereka ini rupanya pernah di pasung oleh seorang perawat selama ini dan kehadiran mereka kali ini adalah untuk membalas dendam,ingat manusia jer pandai berdendam jin pun dah advanced,saya memberi pilihan kepada mereka namun 2 beradik dari kalangan jin ini masih berdegil,tiba-tiba jelmaan jin ini hilang dari pandangan pesakit saya,saya minta pesakit melihat di sekelilingnya jika masih ada namun pesakit tidak dapat melihatnya,ketika itu saya merasakan hawa panas berbahang di belakang pesakit,nampaknya jin ini nak main-main lalu saya minta pesakit di baringkan saya selubungkan kain dengan kain putih,saat di selubungkan pesakit resah juga mendengus-dengus dan menjerit bersuara engkau orang nak buat apa dekat aku hah!! he.he jin kantoi patutlah hilang rupanya masuk dalam badan pesakit,saya tidak menghiraukan keadaan pesakit yang mendengus-dengus kali ini saya mengunakan kaedah jurus untuk mengeluarkan jin dalam badan pesakit manakala kain di tarik oleh teman saya melalui hujung kaki,saat di jurus jin dam badan pesakit meraung dengan kuat Arghhhhhh... dan badan sedikit terangkat juga kaki mengeletar hinggakan ahli keluarganya di dalam rumahnya terperanjat terdengar raungannya,alhamdulillah dengan izin Allah jin dapat di keluarkan hai berpeluh juga dahi dibuatnya dah lama tak buat keje menjurus nih,pesakit tidak bermaya keletihan seperti ada sesuatu yang tercabut dari tubuhnya,lalu saya minta teman saya berikan air minum juga untuk di sapukan di tiap sendi dan mukanya.Pesakit di mandikan dengan ais juga minyak wangi malam itu di luar rumah, juga alhamdulillah pesakit kelihatan cergas juga segar setelah di mandikan,tugas terakhir saya adalah untuk menangkap 2 lagi adik beradik jin yang menganggu pesakit,dengan izin Allah saya dapat menangkap keduanya lalu di hantar ke tempat lain,saat menarik untuk di masukan ke dalam botol berdesing telinga saya dibuatnya.Pesakit saya bekalkan air minum juga untuk mandian,saya memberi pesanan agar pesakit membuat amalan 3qul juga ayat kursi untuk pendinding dirinya,setelah minum juga makan dodol raya saya minta diri untuk beransur pulang.Alhamdulillah saat berhari raya tiada gangguan lagi pada pesakit dengan izinnya.

Monday, September 6, 2010

Hari raya Aidilfitri

Salam buat guru2,ahli2 team hikmah.teman2 seperjuangan juga para pengunjung disini saya ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI juga MAAF ZAHIR BATIN jika ada apa-apa jua kesalahan dari pihak kami,semoga allah melimpahkan seribu rahmat juga redhanya buat kita semua aamiin.

Friday, September 3, 2010

Anda mahu jadi seorang perawat?

Anda mahu jadi seorang perawat? Betul? Sudahkah anda fikirkan risikonya? Berani tanggung? Syabas!
Mari kita buat sedikit kira-kira sebelum anda meneruskan niat murni anda itu : )
Katakanlah dalam sehari anda merawat satu kes yang membabitkan sihir. Maksudnya anda sudah pun menyakitkan hati satu jin/ banyak jin, dan seorang pengamal ilmu sihir. Mereka tentunya marah kerana anda mencampuri urusan mereka, apatah lagi jika anda berjaya menggagalkan kerja-kerja mereka. Oleh itu, mereka akan mencari ruang untuk ‘mengenakan’ anda sebagai membalas dendam.
Sehari, seorang pengamal sihir jadi musuh anda. Kalau seminggu? 5-6 orang. Sebulan? Setahun? Sudah berapa ramai pengamal sihir yang tidak puas hati dengan anda, dan mereka akan membalas dendam jika berpeluang? Bukan diri anda sahaja, tetapi keluarga dan harta-benda anda menjadi sasaran mereka. Musuh anda ratusan. Campur dengan jin-jin, mungkin puluhan ribu. Padahal anda berseorangan. Mampukah anda (dan isi rumah anda) berhadapan, ataupun sekurang-kurangnya bertahan dengan mereka semua?
Apabila kita mula memikul tugas sebagai seorang perawat, ertinya kita sedang mengumpulkan musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia. Semakin hari semakin banyak.
Apa macam?
Masih bercita-cita untuk masuk ke gelanggang?
Fikir-fikir dulu...
Tapi...
Kalau anda tidak jadi seorang perawat pun, anda tetap jadi sasaran para jin dan syaitan juga. Tidak mustahil juga anda ataupun ahli keluarga anda ada/ akan terkena sihir. Bezanya, anda tidak ada ilmu untuk menentang jin dan sihir itu. Teruk juga situasinya ye tak?
Dengan itu, jadi perawat pun berisiko tinggi, tak jadi perawat pun berisiko tinggi. Samalah halnya dengan nasib warga Palestin di Gaza sekarang. Jadi pejuang pun anda akan dimusuhi dan mahu dibunuh tentera Zionis, tak jadi pejuang pun anda dimusuhi dan mahu dibunuh oleh tentera Zionis. Mana satu pilihan anda?
Teringat kata-kata Ustaz Majid (Akrine) dalam Kursus Intensif Rawatan Islam. Katanya banyak perawat yang mengaktifkan diri mereka sebagai perawat, dapat bertahan sekitar dua tahun sahaja. Selepas dugaan demi dugaan mendatang, mereka mula kurang aktif, dan akhirnya terus senyap.
Tulisan ini bukanlah bertujuan melemahkan semangat bakal-bakal perawat, cuma ada baiknya kita menilai kesediaan diri (dan keluarga, jika sudah berumahtangga) sebelum terjun ke dunia rawatan. Sekiranya berasa kurang mampu, belajarlah sekurang-kurangnya sebagai benteng pertahanan untuk diri dan keluarga.


sumber abu zulfiqar ikhtiar muslim