Monday, August 30, 2010

Lailatulqadar dan tanda-tandanya





Dalam Surah Al-Qadr, Allah berfirman yang bermaksud:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr.

2. Dan tahukah kamu apakah malam Qadr itu.

3. Malam Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya.

5. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.



Petikan Dari Munajat Nabi Musa a.s. Kepada Allah s.w.t.

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali denganMu. "Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hambaKu yang bangun pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., ‘Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan RahmatMu itu." Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya RahmatKu itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang-orang miskin pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi pada titian Siratul Mustaqim di hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar. " Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan perolehi dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lalatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s. "Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurgaMu sambil dapat pula memakan buah-buahnya. "Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperolehi niatmu itu tetapi banyakkanlah olehmu akan bertasbih serta bersungguh-sungguh kamu dalam mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku dari azab neraka jahannamMu. "Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepadaKu dengan membanyakkan meminta keampunan dan beristighfar hingga ke waktu subuh hari pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahkanlah keredaanMu itu terhadap diriku ini. "Firman Allah s.w.t. "Wahai Musa! Sesungguhnya keredaanKu itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar."

Bilakah Malam Lailatul Qadar ?

Imam Al Ghazali Rahimullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti,

Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 hb Ramadan.
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21hb Ramadan.
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27hb Ramadan.
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23hb Ramadan. 


Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi shallallahu'alaihi wa sallam pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, yaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu'anhu berkata: Rasulullah shallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah" (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka'ab radliyallahu'anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan" (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu'anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh radliyallahu'anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu'alaihi wa sallam, beliau berkata,

"Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan." (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo' dari Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam:

"Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)" (HR. at-Thobroni dalam al-Mu'jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Sumber : http://www.whooila.com/2010/08/inilah-6-tanda-malam-lailatul-qadar

Telur dan tulang


Dalam bulan puasa ni rawatan diteruskan tetapi tidaklah serancak bulan-bulan sebelumnya mungkin berkahnya ramadhan,minggu lepas saya dihubungi seorang cikgu yang meminta untuk membantu ikhtiarkan masalah ibunya yang dikatakan mempunyai saka juga berperangai pelik yang mana seleranya hanya ingin makan telur juga sup tulang, makanan lain jika disediakan tidak akan dijamahnya.Sebelumnya ada juga berikhtiar tetapi apabila perawat hadir ibunya lari ke rumah anaknya tak mahu dirawat.Sebelum kedatangan saya ke rumahnya di sebelah malamnya disegamat,siangnya saya mengalami sakit kepala satu hari hinggalah selesai solat magrib saya merasakan tubuh berbahang panas dalam hati saya mengatakan pastilah gangguan ini tahu saya ingin hadir juga cuba menganggu agar saya tidak dapat hadir membantu pesakit.Jam 9 malam saya dah seorang ahli team bertolak dari muadzam ke segamat.Kira-kira jam 10 malam saya sampai ke kampungnya,sewaktu masuk di persimpangan kepala merasa amat berat juga sakit manakala ahli team saya terasa ingin mahu muntah,dalam perjalanan saya membaca doa-doa perlindungan didalam hati boleh tahanlah gangguan ni gerutu hati saya.Sewaktu sampai di perkarangan rumahnya ahli keluarga pesakit sudah siap menunggu di perkarangan rumah,kami berbual sebentar sebelum memulakan rawatan,saya difahamkan pesakit dari pagi hingga saya sampai tidak boleh bangun juga demam juga mengadu sentiasa kepanasan sehari sebelum saya datang keadaan sihat.Melihat keadaan pesakit yang uzur terbaring saya minta ahli team memberi minum air doa juga membaca ikrar pemutus saka,pada awalnya pesakit tidak boleh minum namun disuapkan jua melalui sudu oleh anaknya,saat masuk ke rumahnya saya sudah merasakan bahang panas juga sakit kepala saya bertambah dengan leher terasa panas.Setelah itu saya merukyah pesakit,ketika itu pesakit kelihatan resah juga kakinya bergetar ia mengadu badannya panas juga kakinya bisa,oleh kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa saya gunakan kaedah pamungkas untuk menarik gangguan dalam diri pesakit di masukkan ke dalam botol,ketika proses tarik kaki ibu jari pesakit bergerak2 sehingga selesai,pesakit mulai bangun juga mahu ke tandas kerana sakit perut juga mahu buang hajat mungkin ada gangguan yang bersarang dalam tubuhnya turut keluar saat itu,setelah itu saya minta pesakit di mandikan dengan air limau di campur ais juga minyak kasturi,saat di mandikan oleh anak saudaranya pesakit mengigil2 kesejukkan,selesai mandi pesakit kelihatan tenang juga tidur tidak lagi mengadu kepanasan,manakala tiba tiba sakit kepala saya juga hilang fahamlah saya sakit kepala saya berpunca dari gangguan tersebut,ahli team saya kemudiannya membersihkan kawasan  juga rumahnya dipagar dengan menggunakan garam,pesakit saya bekalkan air minum juga limau untuk mandian.Gangguan yang diambil dihantar ke tempat yang sepatutnya,ahli keluarganya ada mengambil gambar melalui hp juga terlihat imej didalam botol namun saya tak sempat merakamnya untuk di isi dalam blog,Setelah selesai saya dan ahli team singgah minum di persimpangan segamat sebelum pulang,pesakit ini masih dalam pantauan saya,mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan kepada pesakit.

Sunday, August 29, 2010

Bilakah Berlakunya Lailatuqadar?



Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Namun demikian Rasulullah s.a.w. apabila tiba sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan menggandakan ibadah baginda maka amalan sebeginilah yang afdal untuk diamalkan kita semua. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang untuk melakukan ibadah sambil beriktikaf di masjid. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h:

"Dari segi bahasa, iktikaf bermaksud membatasi diri pada sesuatu. Sedangkan menurut pengertian syarak, ia bermaskud individu tertentu menetap di dalam masjid dengan cara khusus (menepati sunnah)." - Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari, jil. 11, ms. 538.

Ketika beriktikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain amalan yang soleh.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

"Sesungguhnya Nabi s.a.w biasa melakukan iktikaf pada sepuluh yang terakhir di bulan Ramadani sehingga ALLAH mewafatkan baginda." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih nya, no: 2026.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Selain dari itu, dianjurkan kan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:

Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku. - Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, no: 3840

Semoga Ramadan pada tahun ini kita semua dapat mendapat malam lailatuqadar dan kita dapat mengisi sepanjang bulan ini dengan amal-amal ibadah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w. serta mengerjakan amal-amal soleh. Lantaran dari itu semoga kita semua dapat menikmati segalan ganjaran pahala seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. kepada hambanya yang taat kepada perintah-NYA. Ada golongan yang menyatakan bahawa puasa bagi golongan yang tinggi makamnya adalah mereka yang berpuasa semata-mata ikhlas kerana ALLAH S.W.T tanpa menginginkan ganjaran pahala tersebut. Ternyata pemikiran sebegini tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Sememangnya amal ibadah kita perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan pada masa yang sama bukanlah menjadi satu kesalahan untuk mencita-citakan ganjaran pahala serta syurga daripada ALLAH S.W.T.. Buktinya ALLAH sendiri telah berfirman:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari TUHAN kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa - ‘Aali Imraan (3) : 133

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan kita untuk mengharapkan ganjaran daripada ALLAH S.W.T. sebagaimana sabdanya:

"Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.

Sumber: http://al-fikrah.net/News/article/sid=155.html

Wednesday, August 18, 2010

Santau


                   Gambar hiasan

Dalam beberapa hari puasa saya dihubungi seorang wanita dari johor yang minta di lihat kondisinya yang mana sering sakit kepala juga batuk lebih kurang sebulan tidak berhenti-henti,telah buat rawatan di hospital namun dikatakan tiada apa masalah hanya dikatakan mengalami semput sahaja,lalu saya doagonas mimpinya mempunyai simptom sihir juga ada kaitan dengan santau angin,yang membimbangkan saya pesakit ini jika batuk ia terbau seperti darah pada pendapat saya pesakit ini telah mengalami luka dalaman akibat sihir.Saya minta pesakit menyediakan 3 biji kelapa muda yang mana saya terpaksa merawat dengan kaedah jarak jauh.lalu saya membuat pengisian tenaga juga bismillah 5 untuk menawarkan bisa juga racun tersebut dari merebak ke seluruh tubuh,hari pertama pesakit ini minum air kelapa ia merasakan lehernya panas juga terasa mahu muntah,setelah itu saya merawat dengan kaedah terapi jarak jauh,ketika terapi inilah saya merasakan bisa juga miang ditubuh tindakbalas dari energi negatif pesakit,saat ini merasakan panas di bahagian dada juga ulu hati.Saya minta pesakit menghabiskan air kelapa hingga 3 hari di samping saya membantu dengan terapi jarak jauh.Alhamdulillah selepas 3 hari pesakit merasakan ada perubahan cuma sakit kepalanya juga batuknya masih ada yang mana tidak seperti sebelumnya,ikutan selepas itu pesakit merasakan perutnya seperti dicucuk2 juga bermimpi di kelilingi beberapa orang yang wajahnya hitam,saya berpendapat ianya bukan setakat santau tapi juga melibatkan sihir puja melibatkan perantaraan jin yang mana ada masanya pesakit merasakan seperti ada seseuatu yang mengekorinya.Malam berikutnya saya minta disediakan sebiji botol kosong dengan kaedah jarak jauh saya cuba memasungkan jin-jin perantaraan sihir kedalam botol,pesakit mendengar seperti guli didalam botol,pesakit juga cuba mengambil gambar dengan hpnya yang mana katanya ada terlihat imej lembaga wallahuallam, lalu saya minta botol itu di buang ke sungai yang mengalir manakala saya teruskan rawatan dengan membatalkan sihir tersebut juga menghancurkan barang permujaan.Dalam merawat ini juga saya di counter attack oleh dukun-dukun yang menyedari saya membantu pesakit,tak senang duduk juga di buatnya hinggakan rumah terasa panas juga bisa ketika memijak lantai,namun alhamdulillah allah masih melindungi saya dan segala kirimkan dapat dihancurkan.Kini alhamdulillah pesakit semakin pulih dari penyakitnya dan masih dalam pantauan juga rawatan susulan, saya menasihatkan pesakit agar mengamalkan doa pendinding juga berhati-hati dalam pergaulan.Dalam bulan ramadhan ini masih lagi ada kerja sihir menyihir ni,jin-jin pula tak reti-reti nak bercuti yela yang kena ikatkan syaitan dengan iblis je manakala jin2 tidak diikat kalu diikat jin camner pula jin-jin islam nak berpuasa.

Sunday, August 8, 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak


Salam buat guru2,ahli2 team hikmah.teman2 seperjuangan juga para pengunjung disini saya ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan SELAMAT BERPUASA juga menyambut ramadhan al mubarak,semoga allah melimpahkan seribu rahmat juga redhanya serta dapat mempertingkan lagi amal ibadah kita aamiin


Doa awal ramadhan

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Friday, August 6, 2010

Tak jumpa rumah

Sebelum solat jumaat saya dihubungi seorang rakan yang minta bantu seorang pesakit di rompin yang mana ahli team ada singgah di rumah pesakit pagi tersebut,saya berjanji akan datang pada sebelah malamnya,malamnya saya dan team bergerak dari muadzam waktu itu jam 10.00 dan sampai ke rompin kira2 jam 11.00mlm,apabila sampai kami bergerak ke rumah pesakit tapi masalahnya kami tak jumpa rumah pesakit walhal ahli team yang bersama kami selaku pentunjuk jalan dah singgah kerumah pesakit di sebelah siangnya tadi,memang menghairankan setelah berpusing 2,3 kali masih tak jumpa rumah tersebut,lalu teman saya menghubungi seorang kenalan yang tinggal di situ minta panduan kerumah pesakit,setelah itu kami pun pergi masyallah masih tak berjumpa lagi rumahnya,saya merasakan ada sesuatu yang menghalang dari kami ke rumah pesakit saat itu di dalam kereta saya bacakan surah al falaq berulang kali berdoa agar allah permudahkan urusan kami,tidak lama kemudian dengan rahmat allah kami berhasil berjumpa dengan rumah pesakit,rupa2nya kami tadinya sudah lalu didepan rumah pesakit cuma rumahnya tidak terlihat malam itu, team saya yang singgahnya siang tadi pun binggung di buatnya,setelah sampai di halaman rumahnya ahli keluarga pesakit telah sedia menunggu jangkaan mereka kami tidak jadi datang,rupa2nya ditutup pandangan ini memang pernah berlaku kepada perawat2 sebelum ini.Melihat keadaan pesakit memang mengharukan saya kerana terlantar tidak dapat bergerak kerana sudah lebih 20tahun mengidap penyakit yang berpunca dari sihir yang mana pesakit ada membuka gerai makan,setiap kali ke gerai makan  pesakit akan rebah tidak sedarkan diri,penyakitnya berlarutan hinggalah kini dan hanya mengambil dan ubatan2 di hospital.
Sewaktu didalam rumah saya memang agak tidak selesa kerana merasakan energi negatif yang mencucuk di pinggang juga belakang badan,memandangkan pesakit telah uzur saya pun merukyah dengan ayat2 pembatal sihir,ketika saya rukyah terlihat air matanya bergenang di kelopak mata namun tiada tindakbalas jin dalam tubuhnya dan saya dapati pesakit di sihir melalui media sihir lalu saya berdoa agar barang sihir tersebut hancur,setelah membersihkan tubuhnya saya minta ahli saya team saya membantu menyalurkan tenaga penyembuhan,saat itu terlihat tubuhnya dapat bergerak juga mengangkat sebelah tangan walaupon belum cukup kuat,manakala ahli team membersihkan juga memagar rumah pesakit,setelah itu saya mengesan pada isteri pesakit terkena juga bahang sihir tersebut melalui perantaraan isteri pesakit tersebut saya mengambil barang2 sihir yang terdapat dikedainya juga dibersihkan tubuh isterinya,pesakit dibekal air minum juga limau untuk mandian sebelum pulang, doakan moga allah meberi kesembuhan kepada pesakit,kerana saya hanya mampu mendoakan juga berikhtiar namun kesembuhan itu dari allah jua.

Thursday, August 5, 2010

Jubah putih?

                                         Gambar hiasan

Beberapa bulan ini saya banyak merawat kes yang berkaitan dengan sihir dan sesetengahnya tak sempat nak update kat blog,malam merawat siang kerja memang letih dibuatnya, akhir bulan lepas saya merawat kes jarak jauh yang berkaitan dengan sihir pemisah kerana pesakit berada di jauh di johor terpaksalah saya merawat dengan kaedah jarak jauh,hari pertama saya merawat pesakit merasakan tindakbalas di dalam tubuh seperti panas,mengantuk etc,malam kedua pesakit merasakan ada yang bergerak-gerak di dalam perut juga berpeluh-peluh serta muntah ,malam ketiga alhamdulillah pesakit merasakan tubuhnya segar juga agar ringan dan malam itu juga pesakit ini bermimpi berjumpa dengan seseorang yang memakai serban berjubah putih hanya  tersenyum padanya tanpa berkata apa-apa padanya,keesokan harinya pesakit ini sms saya menceritakan perihal mimpinya semalam dan bertanya yang berjubah tu maza ker?kerana pesakit ini mmg berhasrat ingin bertemu saya jika berpeluang ke pahang,saya pun tak dapat mengatakan apa-apa syukur sahaja pada allah mungkin ada maunah  dari allah kata saya padanya, malahan saya juga termenung bercampur hairan kerana ini merupakan kali ke 2 pesakit bertanyakan juga mengalami hal demikian,apapun saya serahkan saja pada allah, wallahulallam.

zikir hati

Pada sesiapa yang tergerak untuk memiliki hati yang sentiasa berzikir kalima LA ILA HA ILALLAH, amalan boleh dibuat, kaifiatnya sangat mudah,dan amalan ini merupakan amalan para waliyullah..kita bukanlah wali,tetapi setakat untuk menelusuri jalan hidup mereka yang telah beroleh ketenangan demi ketenangan dalam menjalani hidup ini kerana memiliki hati yang tidak pernah putus dari zikrullah.
Cara/kaifiyat untuk mengamalkan zikir hati:-



A) 1.Dibuat lebihkurang 10-15 minit dengan bertutup mata ucapkan kalimah LA ILA HA ILALLAH(diucap didalam hati) setiap selesai solat 5 waktu(kalau tak sempat/sibuk boleh buat dalam 1 atau 2 waktu solat).paling abdal 1 jam keatas hingga menjelang subuh selepas solat tahajjud.



2. Di buat secara duduk tahiyat akhir atau bersila.



3. Mesti dibuat dengan berwudhuk.



4.Tidak dibenarkan berlaku sebarang pergerakan badan(gatal digigit nyamuk dll jangan dilayan) sepanjang tempoh masa berzikir.



5.Setelah selesai bolehlah buka mata(tujuan mata tertutup adalah supaya membolehkan mata hati terbuka)



Sebelum memulakan WAJIB membaca 7 kali alfateha:-

i) Baca fateha dan sedekahkan pada baginda Rasulullah saw dan keluarga baginda.



ii) Baca fateha dan sedekahkan pada semua Nabi dan Rasul.



iii) Baca Fateha dan sedekahkan kepada semua para sahabat rasulullah saw.



iv) Baca fateha dan sedekahkan kepada semua ulama,mujaddid,wali wali dan orang orang soleh.



v)Baca fateha dan sedekahkan kepada semua para para malaikat.



vi)Baca fateha dan sedekahkan kepada kedua ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal



vii)Baca fateha dan sedekahkan kepada diri kita sebenar(ROH) dan kalima LA ILA HA ILALLAH yang sedang kita zikirkan.

perlulah diingat bahawa natijahnya amalan zikir hati ialah untuk menjadikan pengabdian diri kita semakin mantap dan kukuh,serta menjadi orang yang paling "dekat' kepadanya...bukanlah pula sebahagian daripada kelebihan dunia seperti yang diterangkan diatas menjadi 'igauan' kita kerana takut takut amalan zikir kita menjadi tidak ihklas dan tertolak..kurniaan kurniaan itu adalah sesuatu yang bukan ditunggu tunggu,malahan ianya hanyalah anugerah Allah semata mata untu kita menjadi 'sahabat"NYA..
Seorang wali Allah pernah berkata bahwa kekeramatan itu adalah tangga permulaan dari 1000 tangga untuk 'sampai' kepada Allah,barangsiapa tertewas disini,maka dia tidak akan dapat naik ke tangga berikutnya...renungkan..



paling penting disini ianya dapat menonjolkan potensi diri kita sebenarnya yakni 'kehebatan' kita sebagai seorang islam...
dengan hati yang sentiasa zikrullah,kita mampu mengembalikan diri kita sebenar(roh) untuk mendapatkan kembali kekuatannya..
Ketika dialam roh,Allah swt bertanya "adakah AKU tuhan kamu" jawab semua roh "bahkan engkaulah"..
Disinilah rahsia terbesar kekuatan manusia iaitu apabila mampu untuk kembali kepada keadaan asalnya..manusia yang telah mampu mengembalikan dirinya kepada 'ciptaan' asal ialah manusia yang akan terselamat dari tipu daya syaitan dan hawa nafsu yang jahat..
dalahm hadis sohih muslim ada dinyatakan ketika Rasulullah saw dan para sahabat baru balik dari mencapai kemenangan diperang UHUD..rasulullah saw bersabda "kita baru pulang dari peperangan kecil dan akan berhadapan dengan peperangan besar",lalu sahabat bertanya "peperangan apakah itu wahai pesuruh Allah,rasulullah saw menjawab peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu"
Perlu diingat bahawa peperangan melawan syaitan dan hawanafsu adalah "peperangan" yang akan berterusan selagi kita masih hidup..dan perlu juga diingat bahawa kekuatan syaitan dan hawanafsu yang jahat ialah mereka boleh melihat kita sedangkan kita tidak,dan syaitan boleh masuk melalui darah kita...
Jadi senjata ampuh yang Insyallah akan dapat menumpasakan musuh musuh 'tradisi' ini ialah dengan memiliki hati yang sentiasa zikrullah..
Dengan bantuan dari tenaga zikir yang merupakan "nur" dari Allah swt,kita akan mampu menepis segala bentuk serangan dari 2 musuh ketat kita ini...Renungkanlah muslimin dan muslimat.

untuk menerima amalan ijazahan zikir hati ini sila sms saya