Tuesday, June 29, 2010

Bahana minyak guna-guna


                                                  Gambar hiasan

Semalam saya didatangi suami isteri yang mana al kisahnya bermula apabila si isteri menerima minyak dari seorang lelaki yang di kenali yang kononnya untuk tujuan perubatan,apabila menggunakan minyak tersebut wanita ini sentiasa termenung juga gelisah tidak menentu ianya seperti terpukau juga akan menurut kata-kata lelaki yang di kenalinya yang mana hampir meruntuhkan rumah tangga suami isteri tersebut.Setiap malam wanita tersebut bermimpi di kejar oleh orang yang tak dikenali,manakala si suami pernah ternampak objek seperti bola api menuju ke rumah mereka.Ketika pesakit berhadapan dengan saya ia merasakan sakit kepala juga berdebar-debar,saya mulakan dengan memberi air doa untuk di minum kemudian saya merukyah pesakit dalam beberapa minit dengan doa pembatal sihir,ketika merukyah inilah saya dapat melihat tindak balas gangguan dalam pesakit yang mana kedua kakinya bergerak-gerak seperti terkena renjatan juga kedua-dua tangannya menggeletar,lalu saya menarik gangguan yang menghuni tubuh pesakit tersebut dengan kaedah kain putih,saat ditarik pesakit merasakan ada sesuatu yang turun di kedua2 kaki juga merasakan sesuatu yang menyucuk-yucuk di tumit,setelah itu saya minta pesakit mandi dengan mandian limau purut,alhamdulillah dengan izin Allah pesakit merasakan tubuhnya ringan juga seperti terjaga dari mimpi,saya bekalkan pesakit air minum juga mandian sebelum pulang,apa yang saya lihat ianya berpunca dari minyak yang diterima pesakit yang mana bertujuan untuk pengasih juga penunduk yang mana minyak tersebut mengunakan perantaraan jin,wallahuallam.

Friday, June 25, 2010

Gangguan sihir

Malam ini saya dijemput untuk ke keratong bersama dengan ahli saya di pekan pahang untuk ikhtiar satu masalah gangguan hantu raya yang dikirim melalui sihir.Kira-kira pukul 9 saya dan ahli menunggu ahli dari pekan di sebuah kedai minum,sewaktu menunggu inilah saya sudah merasakan bahangnya sihir tersebut yang mana kaki juga tangan terasa perit juga mencucuk-cucuk di kulit,walaupun tidak selesa dengan keadaan tersebut saya hanya berzikir di dalam hati,mudahan-mudahan sesi malam ini dipermudahkan.Tidak lama kemudian ahli dari pekan pun sampai setelah selesai minum kami terus bertolak ke rumah pesakit.Setengah jam kemudian kami pun sampai kerumah pesakit,kami disambut oleh tuan rumah,difahamkan isteri tuan rumah ini telah lama sakit juga telah ramai yang berikhtiar untuk masalah gangguannya kira-kira puluhan orang biar betul!!kata saya dalam hati.Ketika saya dan ahli masuk kedalam rumah terasa hawa panas yang menyelubung juga mencucuk-cucuk di lengan menjadi-jadi,tanpa melengahkan masa rawatan diteruskan,pesakit di minta baring kemudian dengan kaedah dalaman pesakit di jurus melalui kepala juga di tarik melalui kaki diikuti pesakit di minta mandi limau purut,sewaktu gunakan kaedah jurus hampir mahu termuntah saya juga terasa berat untuk mengeluarkan gangguan tersebut,alhamdulillah dengan izin Allah gangguan tersebut dapat dikeluarkan,sewaktu itu pesakit merasakan seperti mahu menjerit namun dapat ditenangkan.Selesai mandi pesakit merasakan tubuh sedikit ringan juga agak lemah menandakan sihir ditubuh pesakit telah di cabut.Pesakit sebelum ini merasakan kakinya sentiasa terasa ada yang mencucuk-cucuk,gatal-gatal di badan juga tubuh sentiasa tidak bermaya.Setelah itu pesakit dibekalkan dengan air doa untuk minum.kemudian kami beralih ke luar rumah untuk menarik gangguan(jin) yang masih ada,sesi tarik di jalankan bagi mengeluarkan gangguan tersebut dari dalam rumah,kira-kira 5 ekor dapat di tarik juga di masukkan di dalam botol sebelum dibuang,akhir sekali rumah pesakit dibersihkan juga dipagar,setelah minum kami bersalaman dengan tuan rumah sebelum berangkat pulang,semoga dengan izin Allah gangguan bagi keluarga ini berakhir insyallah,alhamdulillah Allah permudahkan usaha kami malam ini.

Tuesday, June 22, 2010

Pencarian berakhir pulangnya guruku bertemu ilahi

                                                  

Hari ini saya di maklumkan oleh sahabat saya tentang salah seorang Guru saya, yang saya segani juga kasihi
Sheikh Abdul Rahman bin Rashid Al-Qadiri atau panggilan mesranya tok man telah pun kembali kerahmatullah pada 18 .4.2010 yang lalu akibat kemalangan jalanraya,beliau juga adalah pengasas Seni Mempertahankan Diri Kilau Cendana Melaka dan mempunyai ratusan anak murid di seluruh malaysia.Selain itu beliau juga seorang pengamal perubatan islam,permergiannya memang amat saya rasai kerana saya telah lama tidak dapat berhubung dengannya.Sepanjang mengenalinya beliau adalah seorang yang lembut,kelihatan tenang juga tegas,beliau juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam keilmuannya.Kepada rakan-rakan seperjuangan saya teruskanlah perjuangan tok man juga sama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan orang-orang yang soleh juga dicucuri Al-Fatihah,salam takziah dari saya buat keluarga allahyarham.

Sunday, June 20, 2010

Selamat Pengantin Baru



Cuti  persekolahan bulan ini memang ramai terdapat kenduri kendara nikah kahwin memang puaslah makan kenduri jawabnya...dalam kisah nikah kawin ni jumaat malam baru ini saya terima sms yang diminta di bantu seorang wanita yang ingin langsungkan perkahwinannya  pada hari sabtu tempoh hari,kononnya malam itu ingin diadakan upacara berinai namun tak kesampaian kerana wanita tersebut tiba-tiba sakit malah mengeluarkan darah melalui hidung di samping merasakan ada sesuatu yang memandangnya...malam itu kira2 jam 11 lebih saya dan krew sampai ke rumah bakal pengantin tersebut...tanpa melengahkan masa kerana hari  makin lewat saya mulakan rawatan dengan meminta pesakit membaca  ayat2 mutaqaat juga bertanyakan tentang mimpinya selama ini..menurut pesakit ia memang  selalu mengalami mimpi yang aneh2 diantaranya ulat bulu,kubur dan sebagainya simptom lainnya badan jadi bisa-bisa juga mengalami batuk dan sesak nafas..dari fizikalnya yang agak kurus saya dapat merasakan ianya gangguan sihir.Ketika ia membaca ayat mutaqaat saya lihat pesakit seperti dalam keadaan sesak nafas..setelah di beri minum air doa saya merukyah pesakit tersebut dengan membacakan ayat2 pembatal sihir,ketika merukyah inilah saya merasakan bahang yang panas di tengkuk saya..pesakit pada awalnya tidak menunjukkan apa2 reaksi namun beberapa minit kemudian ia kelihatan sedikit resah.Kemudian saya mulakan sesi menarik apa yang berada dalam tubuh pesakit,pesakit di waktu itu merasakan ada sesuatu yang keluar dari jari kakinya di ikuti pesakit muntah setelah itu.Selesai sesi tarik tersebut saya merasakan ada sesuatu yang belum selesai kerana saya masih merasakan hawa panas yang menyucuk lalu saya meminta ahli krew mengambil botol untuk menarik gangguan tersebut yang ada disekitar rumah,ketika ahli krew saya menarik ia merasakan hawa panas yang menyucuk juga bisa di tapak tangannya serta mendengar bunyi di atas bumbung rumah,krew saya menarik gangguan tersebut serta di masukkan dalam botol.Pesakit dipagar juga dibekal air minum juga limau untuk mandian,alhamdulillah pesakit kelihatan segar juga dari ceria dari sebelumnya yang hanya berdiam diri.Hari sabtu baru ini pengantin telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya.Saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU moga berkekalan hendaknya aamiin.

Friday, June 18, 2010

Bunyi letupan..?



Beberapa hari lepas selepas pulang dari kerja saya di datangi seorang makcik yang memang saya kenali,kunjungannya rupa-rupanya punya hajat yang mahu berikhtiar merawat sakitnya,sebenarnya minggu itu saya telah berehat dari segala aktiviti untuk merawat kerna keletihan juga mahu refresh kembali tenaga namun kedatangan makcik itu tidak dapat saya hampakan hajatnya,setelah berbual2 ada juga saya tanyakan perihal mimpinya anehnya selama ini katanya ia selalu bermimpi kerbau juga kera yang asyik berlawan hinggakan meracau2 dalam tidur sehingga terpaksa suaminya menyedarkannya dari tidur dan ianya punya juga masalah sakit fizkal yang mana rahimnya telah dibuang ketika pembedahan tahun lepas,ia juga menyatakan kakinya selalu merasa bisa dan merasa ada sesuatu merayap di kakinya,saya nyatakan akan datang ke rumah di sebelah malamnya...
malam itu selepas isyak kira2 pukul 9 saya dan seorang ahli sampai ke rumahnya oleh kerana saya telah dapat agak punca sakitnya,saya mulai dengan memberi minum air yang telah di doakan serta membaca ayat2 mutaqaat juga ikrar pemutus saka...kemudian saya merukyah dengan meletakkan tapak tangan di atas kepalanya ketika itu saya lihat kakinya seperti terkena renjatan nampaknya jin yang di dalam tubuh sudah memberi respon...saya mulai dengan bacaan bismillah 5 diikuti alfatihah,belum sempat saya habiskan surah fatihah makcik tersebut mahu muntah,setelah diberikan bekas untuk beliau muntah saya teruskan dengan membaca ayat kursi dengan mengulang ayat terakhir berulang2 kali,ketika itu makcik tersebut terus muntah dengan banyaknya tanpa henti lalu saya minta ahli yang datang bersama saya menepuk2 belakang tubuhnya untuk memusnahkan tapak2 jin yang telah bersarang dalam tubuhnya...bila di tepuk makin banyak muntahnya masyallah..setelah muntahnya reda saya teruskan menyeru jin2 saka yang berada dalam tubuhnya turun di kedua2 hujung kaki,saat itu makcik tersebut merasakan ada sesuatu yang turun seperti semut hingga ke hujung jari...kemudian semuanya di tarik oleh ahli saya untuk dihantarkan ke tempat jin2 saka..oleh kerana jumlahnya terlalu banyak di dalam tubuh terpaksa saya mengunakan sejadah untuk menarik secara borong...selesai rawatan saya bekalkan air minum juga limau nipis untuk diminum juga dibuat mandi,alhamdulillah makcik tersebut merasa tubuhnya sedikit ringan dari sebelumnya dan kakinya merasa panas(normal) tidak seperti sebelumnya yang sentiasa sejuk,rupa2nya makcik ini menanggung sakitnya kira2 30 tahun terkejut saya dibuatnya kerana ketika ia sakit saya masih budak2 lagi saat itu berdasarkan ceritanya...malam itu setelah selesai rawatan ketika saat mahu tidur saya terdengar satu bunyi dentuman DUMMM!! di luar kawasan rumah saya yang pasti hanya saya yang mendengarnya...oleh kerana saya telah alami sebelum ini yang mana menurut saya ada counter attack samada dari puak jin atau kes2 sebelumnya...semoga Allah lindungkan saya dan keluarga dari segala kejahatan jin,syaitan dan manusia lahaulawalaquwata illa billahil aliyil adzim..alhamdulillah setelah 3x rawatan makcik tersebut semakin pulih juga ada perubahan positif dari sebelumnya dengan izin Allah,buat perawat2 saya doakan semuanya sentiasa di dalam lindungan ALLAH S.W.T dari segala kemudaratan juga kejahatan kerna mmg sedia maklum menjadi perawat mmg ada risikonya samada zahir atau batin..wallahuallam

Thursday, June 10, 2010

Saka harimau





Baru2 ini saya paginya tengah sarapan pagi saya di dihubungi seorang kenalan yang meminta membantu satu keluarga di daerah johor dari apa yang diceritakan isteri keluarga tersebut sewaktu membasuh pinggan melihat ada kelibat hitam melintas dari belakangnya lalu terasa tulang belakangnya panas hangat yang tidak lama kemudian kerasukan/kesurupan...lalu merangkak,juga mencakar2 suaminya...dari dialog rasukan tersebut ianya dari leluhurnya/saka mencari waris yang sesuai untuk dituruni dan ianya mau makan/disaji darah..ia jugak merangkak2 ke bilik air ingin meminum air kayaknya seperti kucing meminum air namun ditahan suaminya...ia kerasukkan sehingga pukul 4 pagi..
diringkaskan cerita malam itu selepas isyak saya berserta 2 ahli bertemu dengan saudara keluarga tersebut di pam minyak lalu bertolak kesana kira2 1 jam lebih saya sampai di rumah keluarga tersebut..sampai disana berbual2 sebentar dengan suaminya diceritakan kembali apa yang berlaku malam sebelumnya...oleh kerana saya dapat mengetahui puncanya saya mulakan rawatan dengan memutuskan perjanjian tersebut juga meminta pasiennya membaca ayat2 muntaqa`at..apa yang dirasakan pesakit ketika itu badannya tiba-tiba menjadi panas juga sedikit gelisah..saya juga yang lain turut juga merasakan bahangnya memang panasnya luar biasa seperti duduk dekat pembakaran api...rumah turut terasa panas...pasiennya di minta berlunjur lalu saya letakkan tangan dikepalanya lalu merukyah juga bacakan bismillah 5,alfatihah juga ayat kursi..lalu pasienya rebah tidak sedarkan diri..lalu kepalanya di alaskan bantal, saya teruskan dengan membaca ayat kursinya..nafasnya pasien berombak2 lalu pasiennya bingkas bangun... ianya merangkak seperti harimau berkata siapa yang mau mencampuri urusannya juga cuba menyerang juga ingin mencakar saya namun ianya terpental beberapa kali...lalu saya bertanya siapa yang berada di dalam tubuh ini...katanya saya tidak layak bercakap dengannya...saya katakan kamu adalah jin yang sombong lalu saya menembaknya sambil menyebut allahuakbar beberapa kali ianya seperti kesakitan juga cuba melarikan diri lalu rebah tidak sedarkan diri..oleh kerana saya lihat ianya masih bersembunyi dalam tubuh.. saya minta ahli bersama saya bacakan ayat kursi dikepalanya berulang kali...dalam beberapa minit ianya mengerang2 kesakitan..lalu ahli seorang lagi mencari kelemahan di point2 tubuhnya...namun ianya bertahan...saya melihat sambil tembak dari jauh ianya mengerang2..lalu saya pergi dekatnya memegang jari kakinya membaca doa sulaiman lalu ia bingkas bangun saya tanyakan siapa ini lalu di jawab ianya pak belang...wah memang harimau ni!..pasiennya seorang wanita tetapi ketika kerasukan suaranya berubah sama sekali suaranya menjadi seperti lelaki tua juga loghat jawa..saya tanyakan beramai mereka ini dalam tubuhnya katanya pak belang mereka ini bertujuh...ianya berumur ratusan tahun juga ditugaskan untuk menjaga leluhurnya..saya terangkan padanya bahawa perjanjian mereka telah terputus saat pasien melafazkan ikrar..katanya pak belang ia faham namun katanya ada seorang ahli keluarganya yang masih belum terputus ikatannya..kerana saya meminta mereka keluar,dia nyatakan dia akan keluar namun akan kembali kepada ahli keluarganya iaitu adik lelaki perempuan tersebut..lalu saya meminta suami pasien menghubungi adiknya juga melafazkan ikrar pemutus..setelah itu saya memperlihatkan satu tempat kepada belang yang mana tempat yang akan saya hantar mereka iaitu penempatan islam,saya jelaskan padanya jika ia masuk islam bersama 6 saudaranya ia tidak perlu lagi makan darah juga insyallah mendapat kehidupan yang lebih baik dari sekarang..kerana apa yang saya lihat mereka ini sebenarnya kelaparan bayangkanlah dahulunya moyang pasien menjamu mereka dengan seekor lembu juga moyang mereka mampu menukar diri jadi harimau..ianya berasal dari daerah pagar ruyung..saya katakan pada mereka jika mereka memeluk islam saya akan menghantar mereka ke tempat tersebut..pak belang berbincang dengan saudaranya lalu setuju ingin masuk islam katanya adinda ini hatinya sentiasa berzikir dan ia sentiasa kepanasan ia sendiri tidak mahu lagi tinggal disini..kalimah syahadah dilafazkan lalu saya meminta saudaranya berkumpul di hujung kedua kaki untuk saya hantar ke penempatan islam..saat itu kedua kaki pasien bergetar2 menandakan mereka turun..pak belang bilang dahulunya mereka ini islam namun manusia telah mengunakan mereka untuk tujuan kejahatan masyallah...setelah memberi salam juga mendoakan bagi mereka saya minta ahli saya laungkan azan lalu saya tarik mereka semuanya terus dihantar ketempat tersebut..alhamdulillah pasien mula sedarkan diri...tubuh pasien juga rumah dibersihkan juga dipagar..pasien dibekalkan air untuk mandian juga minum juga amalan ayat kursi..pasien menyatakan tubuhnya lebih ringan dari sebelum ini juga terasa tubuhnya sejuk....menurut mereka, mereka ini sudah menahun sakit juga telah berikhtiar di mana2,di cek hospital dikatakan tiada penyakit juga masalah..saya doakan masalah mereka ini selesai dengan izin allah...kerana saya tidak beupaya menyembuhkan mereka hanya allah yang bisa menyembuhkan lahaulawalaquwatailla billahil aliyil adzim.
sayangnya pengalaman ini tidak sempat saya rakam juga mengambil gambar

Friday, June 4, 2010

Pernafasan


TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN 


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin )

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .


Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
 
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.Semoga sangat bermanfaat.


selamat mencuba!